Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah sekarang banyak company2 di malaysia yg menjual produk berasakan takaful.. Ianya adalah sesuatu yang amat baik... Sekurang2nya kita ada pilihan.........
Kenapa mesti TAKAFUL..
TAKAFUL adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling Jamin Menjamin‘.
Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling
jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain ketika para
peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.
Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab,
bekerjasama dan saling membantu untuk menjaga kepentingan bersama.
Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang
akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.
Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan berbanding dengan sistem perlindungan konvensional.
Apabila menyertai
mana-mana-mana pelan perlindungan takaful , para peserta bersama-sama
mempraktikkan konsep tolong-menolong yang diredai Allah untuk sama-sama
meringankan beban rakan-rakan mereka yang berada di dalam kesusahan.
No comments:
Post a Comment